Golongan Wanita Yand Di Siksa Di Neraka
- Dapatkan link
- Aplikasi Lainnya
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
...Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah SWT
mencatat baginya seribu kebai
kan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan
memintakan ampunan baginya, dan Allah SWT mengangkat seribu darjat
untuknya." (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis."
Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari
punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah
ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala
jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya
mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan
badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala
jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui
duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu
dari neraka.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata
kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan
wanita-wanita itu." Rasulullah SAW bersabda: "Hai Fatimah, adapun
tentang;
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."
Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti
hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat
mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan
mengikatkannya dibelakang lehernya."
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia
keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari
nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek
untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting
dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan
orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat
perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya,
kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai
keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu
untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu
dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya
seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: empat jenis wanita yang berada
di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau
menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:
1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima
dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam
kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia
menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia
mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai
anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk
mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya
dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir
anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).
Kemudian Nabi SAW bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:
1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika
suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang
ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar
dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan
kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan
tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan
suaminya.
Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat
(empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia
bertaubat.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...
Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...
... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...
Salam santun dan keep istiqomah ...
--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini
... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon
ampunan ... ----
Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
- Dapatkan link
- Aplikasi Lainnya
Komentar
Posting Komentar